November 19, 2013

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN


Cikgu Atiqi sedang menyampaikan taklimat.
Bermula 18 November hingga 22 November 2013, semua guru diwajibkan menghadiri Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) yang diadakan di Bilik Motivasi. Program LADAP ini dijalankan demi memastikan guru-guru mendapat maklumat yang lengkap dan betul berkaitan KSSR Tahun 4 yang akan mula dilaksanakan pada tahun 2014 nanti.

Semua guru menghadiri program ini dengan semangat yang tinggi dan penuh minat. Selain itu, guru-guru juga menjalankan aktiviti-aktiviti lain seperti membersihkan bilik guru, kelas, pusat sumber dan lain-lain. Ini amat penting demi memastikan semua peralatan seperti meja, kerusi ,buku dan lain-lain berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan pada tahun hadapan.

" SYABAS SEMUA GURU "

Guru-guru tekun mendengar pembentangan
Encik Fahmi sedang memahami pembentangan yang disampaikan


Oktober 25, 2013

PEMERIKSAAN MATA PERCUMA (SARANA SEKOLAH-PIHAK SWASTA)

Jumaat, 25 Oktober 2013, murid-murid dari Tahap Prasekolah, Tahap 1 dan Tahap 2 telah menjalani pemeriksaan mata secara percuma untuk mengetahui tahap kesihatan mata masing-masing. Pemeriksaan mata secara percuma ini telah dilakukan oleh pakar optometri dari Eye Q Optometry Clinic. Terima kasih diucapkan kepada semua.


Oktober 23, 2013

PERKHEMAHAN KOKURIKULUM TAHAP 2

Seramai 41 orang murid dengan diiringi 3 orang guru ( Cikgu Fauzi, Cikgu Atiqi dan Cikgu Vijaya)
telah menyertai aktiviti Perkhemahan yang diadakan di Kem Ampangan Pecah, Kuala Kubu Bharu. Semoga semua ini akan berjaya dengan cemerlang dalam setiap aktiviti yang diadakan.


September 11, 2013

PEPERIKSAAN UPSR 2013

Selamat berjuang kepada semua murid Tahun 6 yang menduduki peperiksaan UPSR bermula 10 hingga 13 September 2013. Semoga kalian akan beroleh kejayaan yang cemerlang , gemilang dan terbilang.

Puan Musalmah Bt Ab. Ghani sedang memberikan kata-kata perangsang kepada semua murid Tahun 6
Murid-murid sedang tekun menjawab soalan peperiksaan
Suasana ketika di dewan peperiksaan. Semuanya nampak serius

September 09, 2013

MAJLIS RESTU ILMU KHAS UNTUK PELAJAR TAHUN 6

Puan Ja'izah Jasman dan Encik Faisol sedang menyampaikan ucapan

Pada 6 September 2013, seluruh warga Tahun 6 telah diraikan dalam satu majlis yang dinamakan sebagai Majlis Restu Ilmu. Majlis Restu Ilmu ini mbertujuan memberikan galakan dan motivasi diri yang terakhir kepada murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Dalam majlis ini, guru-guru dan murid-murid saling bermaafan serta menghalalkan segala ilmu yang dicurahkan. Semoga dengan restu daripada para guru ini dapat membantu murid-murid mencatat sejarah yang terbaik buat diri mereka.
Guru dan murid saling bersalaman dan bermaafan
Perasaan sebak menyelubungi perasaan setiap daripada murid dan guru
Semoga kalian beroleh kejayaan yang cemerlang dalam UPSR
Wajah-wajah murid yang bakal menghadapi UPSR
Antara guru dedikasi yang mendidik sepenuh hati demi kejayaan murid-murid

PERTANDINGAN KUIZ KENEGARAAN SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN



6 September 2013, Jumaat - Murid-murid Tahap 2 iaitu murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5 bersaing antara mereka dalam pertandingan kuiz kenegaraan yang diadakan. Aktiviti yang bertujuan menyemai rasa sayang dan cinta kepada tanah air dalam diri murid-murid. Semoga anda semua akan terus mempertahan kedaulatan negara tercinta ini.

 

 

 

 

 

 


MAJLIS BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT UNTUK PELAJAR UPSR

Guru-guru dan murid tekun membaca Surah Yassin

Pada 5 September 2013 yang lalu, Sekolah Kebangsaan SS 19 Subang Jaya telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat Khas untuk pelajar-pelajar Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada 10, 11 dan 12 September ini. Majlis ini telah diadakan dengan kerjasama daripada Ahli Jawatankuasa Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, SS 19 Subang Jaya.

Ramai ibu bapa yang hadir memberi sokongan kepada majlis yang bermakna ini. Semoga harapan untuk melihat murid-murid berjaya dalam UPSR yang bakal tiba ini akan menjadi kenyataan.



SELAMAT BERJUANG WAHAI MURID-MURID TAHUN SK SS 19 SUBANG JAYA. ANDA BOLEH LAKUKAN !!

Murid-murid serta ibu bapa yang hadir membaca surah Yassin bersama-sama


YDP PIBG bersama Encik Faisol dan bapa seoarang murid dalam majlis bacaan Yassin



September 02, 2013

PELANCARAN MINGGU BUDI BAHASA


 Panitia Pendidikan Moral telah menganjurkan Minggu Budi Bahasa dan dirasmikan oleh Encik Muhamad Faisol Bin Abdul Majid, Penolong Kanan Kokurikulum. Antara tujuan utama aktiviti ini dianjurkan adalah untuk menyemai rasa cinta kepada nilai-nilai budi bahasa yang semakin luntur dalam kalangan masyarakat kini. Semoga dengan adanya Minggu Bahasa ini, murid-murid SK SS 19 Subang Jaya akan terdidik dengan dan mengamalkan budi bahasa pada setiap masa. Amin.


Ogos 30, 2013

MEWARNAKAN JALUR GEMILANG SEPANJANG 50 METER #MERDEKA


Semua warga SK SS 19 Subang Jaya begitu bersemangat menyambut perayaan Hari Kemerdekaan Negara ke-56 apabila bersatu hati tanpa mengira penat lelah untuk mengecat Jalur Gemilang sepanjang 50 meter. Jalur Gemilang dicat secara serentak dengan diketuai oleh Puan Musalmah Bt Ab. Ghani sendiri dan disertai oleh barisan pentadbir seterusnya guru-guru dan semua murid.

Aktiviti ini yang bermula pada pukul 8.00 pagi berjaya disiapkan sejam kemudian dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada semua. Semoga semangat "Cintakan Negara" akan tersemat dan bersemadi sekukuhnya di jiwa murid-murid generasi masa hadapan.

Ogos 28, 2013

PERKHEMAHAN KELAS INTEGRASI

Kelas Integrasi juga tidak ketinggalan dalam meningkatkan kemahiran diri dalam kalangan murid-murid apabila telah menganjurkan Perkhemahan Khas kepada murid-murid ini. Antara matlamat utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberikan pendedahan aktiviti luar serta membina sikap berdiri dalam driri mereka.

Syabas diucapkan kepada semua guru yang terlibat. Tahniah


Julai 17, 2013

PELANCARAN MINGGU SAINS DAN MATEMATIK

Pada 15 Julai 2013 , Isnin yang lalu, satu majlis perasmian telah diadakan bagi mengadakan Minggu Sains dan Matematik yang bermula pada 15 Julai hingga 19 Julai 2013. Oleh itu, Puan Musalmah Bt Ab. Ghani telah berbesar hati untuk merasmikan Minggu Sains dan Matematik ini yang diadakan semasa perhimpunan rasmi. Simbolik perasmian ini telah mencipta sejarah, apabila Puan Musalmah telah melakukan pelancaran roket ke udara sebagai tanda bermulanya aktiviti Minggu Sains dan Matematik ini.

Pelbagai acara / aktiviti  akan dipertandingkan sepanjang minggu ini. Diharapkan semua murid akan memberikan sepenuh kerjasama dan menyertai setiap aktiviti yang diadakan.
Puan Musalmah bergambar bersama banner Minggu Panitia Sains dan Matematik. Turut kelihatan Puan Ja'izah, Puan Sarimah dan Puan Tamil Chelvee
Pelancaran roket sebagai simbolik perasmian
Murid-murid teruja menyaksikan perasmian
Cikgu Amirul Fahmi sedang melakukan persiapan
Guru-guru turut menyaksikan majlis perasmian yang gilang-gemilang